Wednesday, November 26, 2008

Takdir dan Rezeki

Bercakap pasal takdir.. bercerita tentang rezeki.. segalanya atas ketentuanNya sedari Azali lagi.. sebanyak mana sekalipun cara utk mencari rezeki.. walaupun dah berada didalam gengaman.. jika takdirNya bukan hak kita yang mutlak.. pasti akan terlepas juga...

Rentetan cerita jual beli kereta mama yg lama dulu.. TX7511 Iswara Aeroback. Lps jual dan hilang tanpa tukar nama.. keadaan drag beberapa tahun tanpa sebarang usaha ke arah melunaskan masalah tersebut. Dah cuba sedaya upaya carik keta nih tp bukan rezeki nak dpt kembali...

Semalam, 25 November 2008 - kami terpaksa merelakan RM18K melayang begitu sahaja ke akaun Insolvensi bagi menyelesaikan masalah bankrupsi tu.. sedih sungguh waser coz duit yg dikumpul dlm tabung haji 10K dan duit keje papa 8K terpaksa dilepaskan demi tuntutan tersebut. Dalam terkilan, hati tetap redha kerana percaya mmg dah ditakdirkan bukan rezeki kami duit tu.. walaupun keta tu dah hilang, tp hutang tu tetap nama mama dan terpaksa juga bayar utk clear nama dlm blacklist.

Mekasih papa... thanks sebab redha dengan rezeki yg tak ditakdirkan utk kita tu.. mama tau papa byk berkorban, bersusah payah utk menyelesaikan masalah ni.. turun naik pejabat insolvensi... ke balai polis buat report, turun naik lawyer dan bank. Lepas ni kita akan ke mahkamah pulak.. hopefully dengan bayaran overall RM21K itu dpt release nama mama dulu buat masa ini. Balance lg tu insyaAllah mama usahakan bayar tiap2 bulan pulak sampai selesai dan release nama kak ayu pulak..

Alhamdulillah...setiap hari seharusnya bersyukur kerana masih mampu terus hidup dibumi Allah ini.... dan terus percaya serta yakin.. setiap hari pasti ada rezeki yang telah dijanjikan Allah.. telah ditakdirkan Allah semenjak Azali lg... selagi ada daya upaya.. selagi ada kesungguhan.. selagi ada takdir Allah untuk kita nikmati 'rezeki' tersebut.. pasti ADA.. yakinlah!!

No comments: