Wednesday, November 26, 2008

Takdir dan Rezeki

Bercakap pasal takdir.. bercerita tentang rezeki.. segalanya atas ketentuanNya sedari Azali lagi.. sebanyak mana sekalipun cara utk mencari rezeki.. walaupun dah berada didalam gengaman.. jika takdirNya bukan hak kita yang mutlak.. pasti akan terlepas juga...

Rentetan cerita jual beli kereta mama yg lama dulu.. TX7511 Iswara Aeroback. Lps jual dan hilang tanpa tukar nama.. keadaan drag beberapa tahun tanpa sebarang usaha ke arah melunaskan masalah tersebut. Dah cuba sedaya upaya carik keta nih tp bukan rezeki nak dpt kembali...

Semalam, 25 November 2008 - kami terpaksa merelakan RM18K melayang begitu sahaja ke akaun Insolvensi bagi menyelesaikan masalah bankrupsi tu.. sedih sungguh waser coz duit yg dikumpul dlm tabung haji 10K dan duit keje papa 8K terpaksa dilepaskan demi tuntutan tersebut. Dalam terkilan, hati tetap redha kerana percaya mmg dah ditakdirkan bukan rezeki kami duit tu.. walaupun keta tu dah hilang, tp hutang tu tetap nama mama dan terpaksa juga bayar utk clear nama dlm blacklist.

Mekasih papa... thanks sebab redha dengan rezeki yg tak ditakdirkan utk kita tu.. mama tau papa byk berkorban, bersusah payah utk menyelesaikan masalah ni.. turun naik pejabat insolvensi... ke balai polis buat report, turun naik lawyer dan bank. Lepas ni kita akan ke mahkamah pulak.. hopefully dengan bayaran overall RM21K itu dpt release nama mama dulu buat masa ini. Balance lg tu insyaAllah mama usahakan bayar tiap2 bulan pulak sampai selesai dan release nama kak ayu pulak..

Alhamdulillah...setiap hari seharusnya bersyukur kerana masih mampu terus hidup dibumi Allah ini.... dan terus percaya serta yakin.. setiap hari pasti ada rezeki yang telah dijanjikan Allah.. telah ditakdirkan Allah semenjak Azali lg... selagi ada daya upaya.. selagi ada kesungguhan.. selagi ada takdir Allah untuk kita nikmati 'rezeki' tersebut.. pasti ADA.. yakinlah!!

Thursday, November 20, 2008

I wish I could have this.... EPAL !!!

Dah lama ngidam ngan EPAL nih.. epal yg bukan sebarang epal tau.. EPAL yg mahal tp takleh makan pun.. heheh..

Jeng jeng jengggg....

Mesin jahit Harmony Model 2049 = RM2499

Harmony Model 2049 "All In One"A. Fungsi utama
a. Lebih daripada 22 corak bunga yang sedia ada
i. Boleh jahit tepi
ii. Boleh jahit lurus
iii. Pasang butang
iv. Sulaman tanpa pemidang (termasuk kulit)
v. 1 Langkah untuk jahit lubang butang
vi. Jahit zip
vii. Jahit sembat
b. Jahitan tebal, setebal 8 lapis kain jeans
c. Boleh jahit fabrik elastikd. Jahitan kulit

B. Ciri-ciri.
Masuk benang secara automatik
b. Boleh pasang jarum berkembar
c. Butang saiz kelebaran corak
d. Lampu menjahit
e. Pemotong benang
f. Butang jahit terbalik
g. Free armh. Plat jarum yang mempunyai ukuran

C. Sesuai untuk pelbagai jenis kain
a. Kuilting
b. Pakaian
c. Seni tampal
d. Seni cantuman
e. Sulaman
f. Hiasan rumah
g. Kraftangan

Laukong admitted lg kat KSH

Kami 'berkampung' lg kat KSH bermula 10 November sehingga 14 November 2008. Papa buat operations utk buang sinus/resdung dia tu.

Isnin 10 November 2008,
Papa g KSH alone dulu coz mama still keje lg that day. Terus admitted dan buat operations jam 2pm. Lepas keje mama ngan aisyah g kuantan ngan pakcik Mat yg hantarkan coz keta ada ngan papa. Kul 8mlm smpai spital, papa masih mamai-mamai lg lps opns lum sedar. Oleh kerana takde bilik (terpaksa numpang kat ICU) mama ngan aisyah tdo hotel. Mama bawak kakteh skali teman coz esoknya mama ada 1/2 day briefing SIRIM kat MS Garden. Lps jenguk papa jab (aisyah takleh masuk coz ICU), aisyah nengok dr luar pintu aje. Amik keta dan barang2 papa.. we all g Giants Kuantan jab coz nak cari pati ikan haruan utk papa. Dinner dan terus ke Vistana Hotel kuantan.

11 November 2008
Pagi lepas bfast mama g briefing SIRIM tu sampai jam 12.30pm. Lps tu terus g nengok papa kat ward. Dah dpt bilik berdua. Aisyah tak ikut coz masa mama call suruh siap2 dia baru aje tdo.. Tapau makanan lunch dan blk bilik dulu. Lps check-out 2.30pm br kami sama-sama g KSH skali lg nengok papa. Aisyah sedih sgt nengok papa.. mama ternampak dia kesat air mata ngan tirai kain kat bilik ward tu.. heheh, pandai dia sembunyikan rasa sedih dia tu ngan alih topik lain bile ditanya.. she's so cleaver. Oleh kerana bilik share 2, mama ngan aisyah terpaksa balik dulu kerteh. Dah sampai umah malam papa call ckp dah dpt bilik single.. takpe lahh..esok aje kami g sana.

12 November 2008
Mama keje hari ni. Papa dah ok sket2.. alhamdulillah. Ptg lepas kerja mama ngan aisyah g KSH lg. Mulanya drive keta sdirik aje, tp dah suku jalan perjalanan tu patah balik ke kijal umah kawan papa coz wife dia n family nak ikut g KSH jugak. Kawan papa (wahid) ni pun admitted jugak so nak elakkan dr bawak 2 keta, mama tinggal lah keta umah dia. Kami g ngan Trajet dia coz byk gak brg bawak.. toto bantal dan beg!. Blk nanti kami akan bawak blk kete vios kawan papa tu so takde lah dorang keta bawak 2 keta pulak. Sampai spital dah kul 8lbh.. penat dah. Nasib baik dinner kawan papa tlg tapaukan aje. Papa dah makin ok tp still bleeding lg sket2..

13 November
Still kat spital lah... Kongkong Aisyah (ayah papa) ngan adik2 ada dtg melawat all the way from Ktrg. They brings madu dan air ubat utk papa. Kejab aje dtg lps tu blk terus ke Ktrg. Thanks! Seronok sket aisyah coz pakcik2nya dtg.. dia dah terboring duk spital nih.. tak larat! Asyik ajak balik aje..."mama jommm aaaa.... jommm aaa blk'.. hehehe.. cian dia. Kenkadang tu notty mama marah gak tp bile pk blk dia notty coz dah terboring terperap kat bilik tuu.

14 November
Lps buang kapas yg kat idung tu dah bole discharge. Ptg gak lee br settled seme bil. Around 10K jugak billnya.. nasib baik insurance cover seme, if not nangih gak lee nengok bil tu. Well.. home sweet home.. sronoknya balik umah dah.. Alhamdulillah.. till today 20 November 2008, keadaan papa dah makin ok. Cuma sesekali pening kepala effect dr opns lum hbs lg. Papa just rehat dulu kat umah sebelum start keje semula..

Gelagat aisyah laaa...

Aksi nakal sedang test basikal senaman masa ikut mama ngan papa shopping kat East Cost Mall..
Ni pulak main 'fishing' ikan ngan papa.. lawan sape byk dpt ikan.. Mula2 papa laa yg byk, tp aisyah tunjuk terror guna jari lak utk tangkap ikan tuu.. heheh.. bijakkk.. bijaakkkkk...

Sibuk ngan pen utk menulis.. menconteng bebenornya ni


Gambar ni masa g Open Day sekolah Smart Reader.. sronok nengok dia painting.. asyik sekali..



Monday, November 10, 2008

KSH @ 31 Okt - 2 Nov 2008

Aisyah ngan papa - both warded kat KSH!..
Mama pening jaga 2 jantung hati mama yg sakit tp sihat nih.. hehehe..

Aisyah kene admitted bcoz susah sgt nak makan ubat. Dia dah batuk lama so ada infection sket dlm paru2.. kene laa makan ubat yg macam2 tuu... oleh kerana susah nak makan, mama ngan papa decide suruh doktor masukkan ikut IV shj..

Papa pulak refer Dr pasal resdung dia tu yg tak pernah hbs2.. asyik bersin aje.. penat betul nengok nya.. itupun kene duduk wad jugak lah coz Dr nak monitor macamana..

Ini tag tangan papa ngan aisyah - bukti warded!
Aisyah seronok pakai coz gelang pink ni katanya Dr yang bagi, takleh buang..


Aisyah membuat lakon semula aksi pakai 'nebulizer'.. yg kuar mcm asap tu.. kene sedut utk release/cairkan kahak dan selsema.. papa numpang action aje. Yg ni pun aisyah suka buat coz katanya macam otomen aje.. heheh... setiap 4 jam kena buat ni..



Walaupun dlm kategori tak sihat, tp lasaknya tetap sama.. tak kira dimana berada. Aisyah tak suka lepak dlm bilik, asyik ajak kuar jenjalan kat luar aje.. kejab g nengok baby dlm nursery.. kejab turun kedai kat bawah.. huhh penat mama tau! 2 hari di hospital, mama terpaksa belikan dia 2 set henpon yg berlainan patern dan 1 set tea-set. Layan aje laa dia main makan2 kek besday.. cian gak dia terboring giler..

Dah penat main dan jenjalan kuar.. tido ngan lena sekali.. waktu malam walaupun setiap 3-4 jam sekali nurse dtg check temparature ngan bg pakai nebulizer tu dia tak sedar pun.. masukkan ubat pun tak sedar.. heheh...

Dah discharge dah... tp tangan still berbalut lg coz nak masukkan sdiri ubat kat klinik panel. So masa jenjalan kat East Cost Mall Kuantan tuu.. tangan berbalut ngan IV ditangan laa... lasak sungguh anak mama nih..

Cuba teka brape berat?.. She's already 16kg... semangat sungguh.. mama surrender if kena dukung lama-lama... sakit pinggangggg ooooo....

Ini pulak gaya manja ngan Hafiy time dia dtg 'melawat' kat umah ngan Uwan depa berdua... lama tak jumpa berdua nih.. manja gituuu..
Bila dah blk kerteh, malam tu pergi klinik panel utk inject ubat dos yg pertama. Tp ntah ape punya Dr laaaa... dia mcm silap cairkan ubat tak ikut sukatan so mcm terlebih pekat dr yg sepatutnya. Sblm tu pulak dia tak masukkan dulu ubat nak cairkan blood utk tak bg clog. Mama ngan papa dah mcm was2 dah rasernya...
Esok pagi nya pulak.. g klinik lain pulak utk amik 2nd dos.. Dr tu kata saluran darah tu dah mcm clog sket coz maybe effect dr smlm kot. Dos yg pg ni tak lepas masuk pun.. ada yg menitis kuar dan aisyah pun nangis coz sakit. Before this dia tak nangis pun time masukkan ubat, even time Dr nak carik line utk masukkan jarum pun dia tak nangis.. she's really gud girl.. tak sangka pulak dia langsung tak nangis .. heheh..
Tp kali ni mmg dia nangis coz sakit sgt agaknya.. ciann anak mama :-(. Dr klinik tu cabut semua IV tu coz takut nanti ada effection kuman pulak kat situ..
Thari tuu.. we all ke KSH skali lg coz nak masukkan IV lain. Oleh kerana ubat 'bius' tangan tu pakai sekejab aje.. dan aisyah dah boleh tau apa yang akan berlaku.. dia nangis taknak kena cucuk tangan lagi... Adoiiii..ciannyeeee...
Oleh kerana dia ni kategori chubby, so masalah gak utk Dr carik urat darah nak cucuk.. 2 kali try tak jd.. dia dah nangih beria2 dah.. last2 Dr kata no need lah.. kene paksa makan ubat gak coz no choice. 1st day mmg dia makan lg ubat coz teringat sakitnya kene cucuk kot.. tp lps tu hbs disemburnya semula..ntahleee.. geram jugak kenkadang tp nak buat camne. Nasib baik ubat utk selselama/batuk dan matikan kuman adalah jenis pil yg boleh hancur campur dlm susu.. heheh.. selamat ditelan laa yg itu...(satu hari bile aisyah dah bole baca blog ni..jgn marah yee coz mama ngan papa dah masukkan ubat dlm neneng tuu.. hehehe)
Nebulizer pulak Dr bg 1 set utk dia.. so dia pun mcm enjoy gak pakai tu coz nampak mcm mainan - ada teddy bear. Aisyah kata bau dia bessttt.. wanggiii.. ntah betul ke tak wallallahualam...