Thursday, November 20, 2008

Laukong admitted lg kat KSH

Kami 'berkampung' lg kat KSH bermula 10 November sehingga 14 November 2008. Papa buat operations utk buang sinus/resdung dia tu.

Isnin 10 November 2008,
Papa g KSH alone dulu coz mama still keje lg that day. Terus admitted dan buat operations jam 2pm. Lepas keje mama ngan aisyah g kuantan ngan pakcik Mat yg hantarkan coz keta ada ngan papa. Kul 8mlm smpai spital, papa masih mamai-mamai lg lps opns lum sedar. Oleh kerana takde bilik (terpaksa numpang kat ICU) mama ngan aisyah tdo hotel. Mama bawak kakteh skali teman coz esoknya mama ada 1/2 day briefing SIRIM kat MS Garden. Lps jenguk papa jab (aisyah takleh masuk coz ICU), aisyah nengok dr luar pintu aje. Amik keta dan barang2 papa.. we all g Giants Kuantan jab coz nak cari pati ikan haruan utk papa. Dinner dan terus ke Vistana Hotel kuantan.

11 November 2008
Pagi lepas bfast mama g briefing SIRIM tu sampai jam 12.30pm. Lps tu terus g nengok papa kat ward. Dah dpt bilik berdua. Aisyah tak ikut coz masa mama call suruh siap2 dia baru aje tdo.. Tapau makanan lunch dan blk bilik dulu. Lps check-out 2.30pm br kami sama-sama g KSH skali lg nengok papa. Aisyah sedih sgt nengok papa.. mama ternampak dia kesat air mata ngan tirai kain kat bilik ward tu.. heheh, pandai dia sembunyikan rasa sedih dia tu ngan alih topik lain bile ditanya.. she's so cleaver. Oleh kerana bilik share 2, mama ngan aisyah terpaksa balik dulu kerteh. Dah sampai umah malam papa call ckp dah dpt bilik single.. takpe lahh..esok aje kami g sana.

12 November 2008
Mama keje hari ni. Papa dah ok sket2.. alhamdulillah. Ptg lepas kerja mama ngan aisyah g KSH lg. Mulanya drive keta sdirik aje, tp dah suku jalan perjalanan tu patah balik ke kijal umah kawan papa coz wife dia n family nak ikut g KSH jugak. Kawan papa (wahid) ni pun admitted jugak so nak elakkan dr bawak 2 keta, mama tinggal lah keta umah dia. Kami g ngan Trajet dia coz byk gak brg bawak.. toto bantal dan beg!. Blk nanti kami akan bawak blk kete vios kawan papa tu so takde lah dorang keta bawak 2 keta pulak. Sampai spital dah kul 8lbh.. penat dah. Nasib baik dinner kawan papa tlg tapaukan aje. Papa dah makin ok tp still bleeding lg sket2..

13 November
Still kat spital lah... Kongkong Aisyah (ayah papa) ngan adik2 ada dtg melawat all the way from Ktrg. They brings madu dan air ubat utk papa. Kejab aje dtg lps tu blk terus ke Ktrg. Thanks! Seronok sket aisyah coz pakcik2nya dtg.. dia dah terboring duk spital nih.. tak larat! Asyik ajak balik aje..."mama jommm aaaa.... jommm aaa blk'.. hehehe.. cian dia. Kenkadang tu notty mama marah gak tp bile pk blk dia notty coz dah terboring terperap kat bilik tuu.

14 November
Lps buang kapas yg kat idung tu dah bole discharge. Ptg gak lee br settled seme bil. Around 10K jugak billnya.. nasib baik insurance cover seme, if not nangih gak lee nengok bil tu. Well.. home sweet home.. sronoknya balik umah dah.. Alhamdulillah.. till today 20 November 2008, keadaan papa dah makin ok. Cuma sesekali pening kepala effect dr opns lum hbs lg. Papa just rehat dulu kat umah sebelum start keje semula..

No comments: