Wednesday, February 10, 2010

Andai ini takdirnya..

SubhanaAllah.. Maha Suci Allah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Innalillahi wainnaillahiroojiunn.. aku redha ya Allah.. setiap rezeki yg kau berikan.. setiap rezeki yang kau tidak takdirkan bukan milik kami.. pasti bukan milik kami walau bagaimana sekalipun usaha kami...

namun.. alhamdulillah.. ada ketenangan dalam genang air mata yang hampir menitis.. ada syahdu yang tak terucap.. ada cinta dan ingatan padaMu ya Rabbi kala dilanda kesempitan... sesungguhnya apa yang diduga olehMu ini terlalu sedikit berbanding nikmat yang telah Kau berikan sekian lama... syukur padaMu Ya Allah.. kami bertiga masih lagi erat bersatu.. masih lagi diberi peluang untuk terus bersama... aku Redha dan pasrah Ya Allah.. ampunilah kami Ya Allah.. pasti banyak kealpaan yang berlaku sehingga kau sedarkan kami dengan sedikit ujianMu ini..

Wut next? muhasabah diri dulu.. maybe ini caranya Allah nak sedarkan bahawa rezeki kami bukan melalui forex ni.. buat masa ini. RezekiNya yang luas... akan kami usahakan lagi sedaya mampu... moga ditunjukkan jalan yang Kau Redhai..

Semoga perjalanan kami menunaikan Umrah nanti tidak berhalangan... kami mohon agar dipermudahkan segalanya... mohon diperluaskan rezeki buat kami sekeluarga..

Laukong... maaf.. hanya itu yg mampu dilakarkan disini.. tak terlafaz di bibir kerana dalam redha hati ni rasa terkilan...

duit boleh dicari ganti.. insyaAllah..rezeki Allah itu Maha Luas.. kasih sayang kita sekeluarga moga akan terus erat... Aminn..

luv u laukong.. luv u aisyah...

1 comment:

SUZIE MUDA said...

Sedih aku baca. aku faham perasaan ko mesti rasa sgt2 terkilan walopun redha. Tp aku yakin ini adalah yg terbaik yg Allah dah tentukan utk ko n family. Mesti ada hikmahnya tu. Dan hikmah tu lebih baik dari berapa banyak duit yg boleh dapat.

Aku ada terbaca artikel ustaz zaharudin (UZAR) kat dia punya website http://www.zaharuddin.net/ with regard to forex. Which i think might be useful. Ada masa selak2lah..banyak soal jwb ttg nya dlm tu.

Hope everything will be better n digantikan dgn rezeki yg lain. InsyaAllah.