Monday, January 11, 2010

My Dreams.. My Wish.. for 2010

Setiap orang ada impian yang tersendiri.. impian bukan sekadar setiap kali tiba tahun baru jek.. impian apabila inginkan sesuatu.. hehehe.. sastera sket..

well.. well.. mama punya impian bg tahun 2010 ni...

1. Nak g umrah.. insyaAllah xde aral melintang dan dengan izinNya, kami bertiga akan menunaikan umrah pada bulan Mac nanti.. semoga Allah permudahkan segala urusan tersebut. Amin.

2. FOREX - menjadi traders yg berjaya.. mama dan papa akan sama-sama success dalam forex ni dan menjana pendapatan menerusinya... if dah byk modal.. byr semua hutang piutang yg ada.. mama nak jd full time traders... papa skrg ni mmg dah full time traders.. so hopefully impian kami berdua utk membaiki kehidupan kami serta keluarga dan insan yg memerlukan menerusi forex diizinkanNya... InsyaAllah..

3. Mama teringin nak beli mesin jahit tepi Bernina yg zila jual tu... sgt menarik dan usefull.. sekarang ni sdg berkira-kira utk main kutu bg mesin tu.. RM2000 regenya... bestnya if dpt.. byk menda lg bule buat.. tp, kene nilai dulu kewangan monthly.. kutu duit kat opis aje dah RM250.. itu ini.. bla..bla bla... hmmm...another 250 for kutu n for 10 months? hmmm... papa kata mama pikirlah sendiri mana yg baik... uwaa... mama nak tp.. mampukah? .. hmm.. insyaAllah dengan forex.. mama boleh kot... YESSSSS... i want it..

4. Impian ni hanya akan menjadi kenyataan apabila diizinkanNya.. mama ngan papa nak hadiahkan aisyah seorang 'adik'... hmmm... hopefully la...

5. Mama nak jd pekerja yg berdedikasi.. memberikan khidmat yg cemerlang utk KPK dan bekerja dengan gembira disamping teman-teman..

Above all... mama harap kehidupan kami sekeluarga sentiasa bahagia dan gembira, berada dalam Rahmat ALLAH sentiasa, sihat tubuh badan fizikal dan mental, dilindungi dari segala bencana.. dan sentiasa dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi. Dijauhkan dr rasa benci dan dukacita... dan yg paling utama.. mama dan papa harap agar Allah berikan kami rasa IKLAS dalam setiap urusan yg kami lakukan.. iklas dan jujur.. melakukan semua kebaikan dan meninggalkan yg batil IKHLAS kerana ALLAH..

No comments: