Sunday, August 24, 2008

Sad story..

Terlalu banyak perkara yang berlaku semenjak disahkan pregnants awal bulan hari tu... terasa cepat sgt masa berlalu...

6hb Ogos 2008 - ada bleeding sket.. terkejut gak. terus g klinik Nabilah, nasib baik papa dah keje kat sini so taklee susah sgt nak g klinik tu.
Lps scan.. Dr kata still tak nampak coz janin kecik lg.. baru4-5 weeks. Bg ubat kuatkan rahim dan next appointment lg 2 weeks.
Tak puas hati g klinik tu.. gi klinik ibnu sinar kerteh plak... cara penerangan dia tu buat hati rasa tenang sket coz katanya if ditakdirkan janin ni tak menjadi.. just disebabkan dia sendiri tak sihat.. so Allah mmg takdirkan dia utk tidak hidup bg mengelakkan sebarang kecacatan atau apa2 yg tak elok. Scan lg.. time tu Dr kata baru 4 weeks 1 day... arghh confius!!!..

Bleeding continuosly ada.. sedikit demi sedikit. Kenkadang ada darah yg kuar, kenkadang just a dark brown.. hati mmg serba tak kena. Firasat sendiri mengatakan bahawa maybe dah takde, tp saje nak sedapkan hati sendiri.. just carry on mcm baby ada..

20th Ogos - g scan lg.. kali ni kat klinik ibnusinar lg.. tp Dr lain. Dr ni mcm konpius aje coz dia kata still tak nampak.. than dia bagi surat refer ke KSH.
Planning nak gi pd 21hb tu kansel coz tak sempat.

22 Ogos 2008 - check kat KSH with Dr. Suraya. It's confirm baby mmg dah takde :-(
Sedihnye Allah aje yg tahu.. tapi kuatkan semangat dan tawakal. Ada rezeki kami, InsyaAllah adalah lagi nanti...
Terus kene warded, nak kene buat D&C. Since tak makan pg lg, so kira mcm dah posa.. Dr buat operations pg tu jugak..
11.10 pagi.. ditolak ke operation room.. masa tu masih sedar lg.. than 11.25 diberikan penafasan ubat bius.. terus tak sedar... jam 11.50, nurse kejutkan cakap dah siap... sampai kat bilik still mamai2 lg coz ubat bius still ada... tdo till jam 1.00pm. Terjaga aje dr tdo.. lapoo nyeeee...papa tanya Dr. dah bole makan ke? Ok.. papa belikan nasi kat bawah.. mama makan hbs lee.. lapo giler.. than feel better. Dr kata if nak discharge now, dah boleh.

Jam 3.15 petang... everthings settled. Tanya Dr suraya mcamana.. she say seme dah ok.. blk rehat mcm biasa dan no need to pantang coz ini bukan kes keguguran yg dah few months. wutever lahhh...

Utk melarikan diri dari rase sedih, we all ke KL (as plan earlier) coz ada dinner kat Sunway Pyramid. Arrived KL about 7.30, terus bersiap2 n g dinner. Papa ngan aisyah enjoy themselves kat Sunway Pyramid shopping centre.. jeles lak mama..

hari ni 24 Ogos - mama dah keje mcm biasa, cuma bile dah petang sket ni rase mcm tak sihat sgt.. pening kepala coz cuaca panas sgt kat luar tu. Hopefully everthings is ok, InsyaAllah.

Al-Fatihah untuk anak mama yg belum sempat mama tahu jantina nya. Ada rezeki nanti insyaAllah Allah akan berikan kami zuriat yg lain.. moga2 dia akan sihat dan kuat utk hidup bersama kami ini..

No comments: