Tuesday, October 30, 2007

Chubby-chubby yg cerdik

isyah dah makin pintar.. dia cepat blajar dan cukup rajin baca buku... dpt buku mmg dibeleknya puas-puas. Alhamdulillah syukur pada Allah.
Sekarang ni dia dah pandai identify apa yg kita tanya.. mana mulut.. hidung.. mata.. kaki tangan.. dan mcm2 lg. Seronok betul nengok gelagat dia yg kelakar dan comel itu. Slalu jek buat aksi2 klakar. Dia pulak jenis yg pandai memujuk.. kalu buat silap than kita marah.. dia ngan slamba dtg cium2 kita.. kira ala-ala pujuk lah tu.. heheh.. Cara dia ketawa pun nakal jek bunyinya.. ntah ape2 ntah anak mama nih...




Hargai apa yg ada....

Kata orang.. kita tak dapat menilai sesuatu itu dengan betul sehinggalah ia 'hilang'. Itu hakikat yg harus diterima... walau bukan secara mutlak tp skit2 tu ada...
Bila abang g keja kat Kedah, terasa sangat 'tiada'nya dia dlm segala urusan yg nak dibuat. Walau sebelum ini semasa dia ada kat sini, ada byk perkara yg dibuat tanpa perlu dia hadir sama - and it's work!, tp sekarang ni rase mcm hampeh jek bile semua benda nak kena buat sendiri.
4 hari abang kat sana, mlm khamis dah muncul depan umah semula (weekend).. hmm.. rase mcm lama sgt dok jupe walhal baru jek 4 hari. Perasaan tu pelik kan...
Bila abang ada sini, setiap saat dihitung.. dan setiap detik masa begitu berharga. Buat semua perkara bersama rase mcm terlalu bermakna. Syukurlah.. jarak yang memisahkan kami ini rupanya memesrakan lg jiwa kami yg sedia erat. Sayang, rindu... bermain dijiwa.. terluah dek kata.. mcm org bercinta pulak rasernya.
Khamis ni InsyaAllah abang balik lagi, kali ini kami akan ikut abang ke Kedah sana... bercuti sakan. Sebelum tu kami akan ke Awana Genting dulu, ada jemputan rumah terbuka Aidil Fitri. Dapat penginapan free.... bantai aje laa..

Sunday, October 21, 2007

Finally.. it's 21 October 2007

Hmm.... hari ni abang berangkat ke Kedah. Sedihnya hati nak berpisah walau cuma sementara... x pernah berpisah lama ngan abang sebelum ni.. tatau wut will happen. Moga2 aku jd insan tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup berjauhan. For the time being, stay kerteh dulu for a week. Next week InsyaAllah Nani akan stay together kat umah kijal. buat teman...
9.30 td abang bertolak ke Kedah.. tp sempat jugak dia singgah umah mak dan optimal. Baru sat bersembang dlm telefon, abang ada kat Dungun lak jupe Awin... abang janji nak jupe kawan dia kat KT yang akan sama-sama ke Kedah. Alhamdulillah, at least abang tak drive sensorang ke Kedah sana. Ada laa jugak kawan buat teman sembang dan share driving. It's long journey dan abang dah lama x drive alone without me or fren. Maha Kuasa Allah.. dia menentukan segalanya. Moga abang selamat sampai disana nanti. Esok report duty dan keja dgn baiknya. Weekend ni takde aral abang balik lee jenguk kami. That's will be our life for next few years.. berkorban utk kebahagian masa depan.

Target abang cuma satu.. langsaikan utang piutang, carik asset dan tunai.. than we will set up our own biz dan stay together.

Chubby2 papa akan merindui papa.. sebagaimana mama merindui papa... itu pasti. InsyaAllah, dia juga akan kenal erti kasih sayang yang mendalam bila berjauhan ini... call, sms, email dan apa cara skalipun adalah penyambung kasih kami.. it's won breaks!

Ya Allah.. berkatilah kami..ampunilah kami.. rahmatilah kami. Kekalkan dlm jiwa kasih kasih sayang yang berpanjangan... jgn pisahkan jiwa kami... Amin...

Thursday, October 18, 2007

MY DIAPERS BIZ

Semuanya tanpa dirancang.... dari just sembang-sembang kosong ngan abang pasal nak buat biz.. pastu saje je tanya-tanya ngan ex-tokey biz diapers ni (Suzie).. pastu ntah camne jadi serius pulak. Lepas suzie bg no phone Kak Yam (kilang diapers kat kl).. call dia.. mintak quot.. pastu transfer duit dan everythings is in hand!





10 September 2007 - diapers pertama tiba jam 10malam kat umah kijal.. jenuh mengangkut diapers tu seme.. penuh satu bilik.. heheh.. kelakar lak raser. Bermodalkan RM3K ++.. finally we are in biz line.


Keseronokan berniaga ni buat diri sentiasa teruja.. pantang nengok org bawak baby.. nak jek hulur flyer pasal diapers ni.. ilang rase malu.. yg ada cuma nak promosikan diapers ni aje. Margin keuntungan tu idok lee byk, but for the first try.. it's quite interesting.. sentiasa membakar semangat utk berniaga. Customer dikalangan kenkawan opis... jiran2 opis dan sdara mara... Hajat hati nak iklan kan thru surat khabar...ala yg selit2 flyer dlm newspaper tu.. tp, kene tggu stok byk sket la. Skrg ni stok x byk sgt...


11 Oktober 2007 - repeat order utk size S.. hmm... perkembangan yg positif. Beli thru Aya (WMDC).. dpt lee promote percuma kat website Aya... alhamdulillah..



Moga biz ni maju dan mendapat berkat... nak carik strategi pemasaran secara besar-besaran lps ni. Bukan diapers budak2 aje.. diapers dewasa ngan sanitary pad pun ada.

Ada plan nak buat e-biz, tp sedang mencari jenis barang yg sesuai utk dipasarkan... Bincang-bincang ngan abang nak beli apparel dr jenama Emanuel..tp nengok lee mcm mana. Xleh tamak sgt.. buat slow2.. satu persatu. Takut xlarat nak handle.. keje lagi.. family lg... abang dah nak g keje jauh.. jaga Aisyah sensorang not as easy as words!.. nengok lee nanti camne.



Lama tak berceloteh

Hmm..lamanya tak berceloteh disini.. terlalu byk cerita nak dikongsi.. disimpan sbg kenangan utk tatapan anak-anak bila dewasa.. tp kenkadang masa tak mengizinkan... malas nak log-in dan kehabisan idea utk mengarang... Sedikit garapan cerita.. mana yg teringat laa..


Raya Aidil Fitri 1428H..

Aisyah dah pandai berjalan.. awal Ramadhan hari tu baru bertatih.. dihujung Ramadhan dah confident berjalan... dan semalam (hari raya ke 5) dia dah berjalan2 tanpa henti dan memenatkan kami yg asyik mengejar langkahnya.. heheh.. org baru bule kaki.. tak reti duk diam lee jawabnya. Kat umah yg sempit tu, makin seronok dia menjelajah.. sekejab ilang ke dapur.. sekejab dah ilang ke bilik... suka betul dia..


Aksi-aksi beraya sakan...



Laukong ke PFK Kedah..

Awal Ramadhan hari tu, abang dpt offer keje kat PFK Gurun as Planner. Tawaran yg cukup lumayan. Setelah berfikir, bincang pro and cons.. akhirnya abang buat keputusan (setelah kami persetujui bersama) untuk kluar dr comfort zone sekarang.. resign from Optimal dan keja dgn PFK nun jauh di Gurun Kedah sana. 2 Oktober abang hantar surat resign... tak akan berpaling lg... InsyaAllah, moga penghijrahan ini membawa sejuta Rahmat dan Hikmah buat kami. Sementara waktu ini, aku still di sini, sayang jugak nak resign.. nengok lee macam mana nanti. lgpun abang ke sana as contract basis.. 2 years nanti maybe berhijrah lg. Jarak bukan pemisah antara kami, InsyaAllah abang akan selalu pulang atau aku ngan Aisyah yg ke sana.. seronok jugak kan... heheh.. be positif.

Target abang keje jauh ni.. nak settle all debts yg we all ada.. segala utang piutang cuba diselesaikan... termasuklah kes bankrupsi kereta TX7511 aku dulu.. RM30K bukan jumlah yg kecil tp dah bukan rezeki kami.. terpaksa bayar walau pahit!


GAJI BARU

Berita gembira buat semua warga kerja EPIC, InsyaAllah gaji bulan Oktober nanti kami akan mendapat kenaikan gaji yg baru diselaraskan. Alhamdulillah.. rezeki Allah bagi. Moga-moga makin ingat pada yg susah dan makin rajin berkerja. Niat nak resign dan ikut abang g kedah mcm terbantut pulak coz kenaikan yg banyak ini. Ikut kata GM (lum ada formal letter), aku naik gaji dlm RM660.. fuiyoooo... byk tu. Dalam thn 2007 ni aku dpt 3 kali kenaikan gaji.. Pertama masa increment awal tahun hari tu... biasa laa gaji baru. than April naik lg coz promoted to new gred.. Alhamdulillah. Dan sekarang naik lg coz penyelarasan gaji baru semua kakitangan. Moga EPIC terus berkembang maju dan KPK tempat aku mencari rezeki ini sentiasa berada di dalam RahmatNya. Amin.